Friday 11 May 2012

Bengkel smart Solat

       Antara peserta-peserta yang mengambil bahagian.


      Peserta lelaki...




      fasilitator yang terlibat


      Fasilitator bahagian MC

       Peserta menumpukan perhatian semasa sesi tayangan kisah teladan...




                                  Sesi ceramah berkaitan solat...





                       Fasi beramah mesra bersama salah seorang peserta...

















                                                               Makan time.. .







                        Fasi memberi teka teki kepada para peserta semasa waktu rehat...










                                                Tibalah masanya untuk slot nyanyian





                                 Pembahagian kumpulan untuk acara "Peninggalan Rasulullah"


Wednesday 9 May 2012

MARI MENIKMATI CINTA..


Dalam mencari makna dalam sebuah kehidupan,terlalu banyak mehnah yang menerjah.  Datang dan pergi tanpa diundang. Begitu juga rasa cinta yang ada dalam diri. Datang menggugah pesona cinta. CINTA tumbuh dan mekar dalam jiwa. Dibelai dan dipelihara dengan asmara yang membakar jiwa. Ayuh sahabatku..kita berjuang. Berganding bahu..mengarahkan CINTA pada jalan yang Esa. Jalan Allah selalu selalu diketepi. Namun saat CINTA mula berakhir hampa, manusia berpatah mencari CINTA yang Esa. Duhai sahabatku yang dilamun CINTA, dekatlah padaku, kita rapatkan ukhwah fillah, berpegang tangan menuju jalan Allah. Yang menjanjikan CINTA yang lebih nikmat dan abadi. Tak pernah terbayang oleh akal kita. CINTA Allah terbentang luas menunggu kita mendekatinya. Sahabatku yang baik hatinya..berjuang itu indah. Bangun dan Rebah bersama Allah. Duhai sahabat yang hatinya penuh CINTA...Biarlah semua CINTA sirna dari hidupmu..biarlah semua CINTA lumpuh dalam dakapanmu. biarlah CINTA hangus oleh bakaran nafsumu..biarlah cinta lenyap dari sedarmu...biarlah semua cinta menjauh dan mati dalam hidupmu..ingatlah CINTA Allah ada dalam setiap denyutan nadimu..terus subur dalam roh hambamu...selamatkan hati ini kami dari murkaMu ya Allah Rabbul Izati...

Wednesday 2 May 2012

Sejarah solat 5 Waktu...



Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Tuesday 1 May 2012

Intro Islamic Genius Group

Assalammualaikum...kami dari pelajar jabatan syariah daripada kolej Sarawell,akan memaparkan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam dari masa ke semasa berdasarkan apa yang telah kami pelajari.Di harap apa yang kami pelajari dapat membantu anda dan kami mengalu-alukan pandangan dan pendapat daripada anda di luar sana.sekian...