Adapun
riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT
tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan
adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan
bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun,
semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja,
sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa
mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka
kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini
adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan
disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar
atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar.
Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan
mengalami getaran, seakan-akan menggigil.
Contohnya
seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan
dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan
bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan
berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda
ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan
lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran
tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.
2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda
ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat
maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke
atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia
berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada
masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami
maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini
dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan
berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir
Akan
berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya
marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk
di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita
dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik
dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan
urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah
SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan
bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan
amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain.
Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahu a’lam…
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya
Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”
(Al-Imran :185)
Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –
seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.
Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..